Skip to main content

Posts

Trip to Lata Belatan, Besut Terengganu...

Assalammualaikum and Hai semua... Buat apa? Dah makan? Dah minum? Dah apa lagi.. Hehe yang mana belum makan tu dah nak masuk tengah malam kan ni, so pergilah makan. Jangan dok diet ke apa sangat, kalau nak diet sila amalkan pemakanan yang betul agar dia tak memudaratkan kita balik. So entri kalini saya nak cerita tentang trip saya mandi waterfall dengan kawan2 pada hari Jumaat yang lepas so hope you guys enjoy okayy! Okay seperti gambar dekat atas ni, haa inilah ahli2 yang perginyaa tapi lagi 2 orang missing sbb diorg driver so diorg pergi ambil kereta, yg para penumpang ni menjalankan kerja dengan selfie. HAHA. Semua perempuan and masih single. Em masih ke? Okay itu kena tanya tuan badan tu sendirilah yek. As for me, ai masih available hehehe. Okay back to topic, kami ni asalnya satu group untuk satu subjek ni. Biasanya orang kata lepas habis je kerja group, masing2 mesti bawak haluan sendiri. Tapi Alhamdulillah, ukhuwah kami menjadi semakin erat. Walaupun kami ta
Recent posts

Cuainyaa siti ni...

Assalammualaikum and Hai fellas. Disebabkan kesilapan teknikal tadi, saya dah terdelete entri sebelum ni. Itulah lama sangat tinggalkan dunia blogger kan, habis taram tekan apa tadi taktahu tengok2 dah hilang. Im so sorry!! So saya akan update sebentar sahaja lagi okay? So stay tune... Love, SNIBJ  ❤

Sekadar Coretan...

Bismillahhirrahmannirrahim... Assalammualaikum buat semua pembaca dan pengikut blog saya. Maaf kerana lama tak update namun saya tahu ramai yang masih berkunjung untuk menantikan cerita baru dari diri yg naif ini. Hari ini sudah 30 Oktober, ini bermakna bulan Oktober sudah pun mahu meninggalkan kita. Buat adik2 yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada minggu depan sahaja, akk doakan adik dapat menjawab dengan jayanya. Banyak2 kan berdoa, solat jangan dilupa inshaAllah Allah bantu kita. Buat semua calon STPM mahupun Penggal 3 atau Penggal 1 sama juga sama2 lah kita berusaha untuk melangkahkan kaki ke Universiti. InshaAllah apa yang dipelajari dapat dimanfaatkan ke jalan Allah S.W.T sebaik - baiknya... Aamiin InshaAllah. 28 Oktober 2015. Harini dekat sekolah ada majlis mohon restu. Benda yang aku paling lemah bila nak mengadap anak mata cikgu2 sebab akan mulalah drama kat atas pentas tu nanti. So aku pun dengan sadonya kononnya lah taknak nangiss huhu. Propa je siti ni. Last2

Awal Ramadhan Yang Sayu ...

Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh... Apa khabar? Harap sihat walafiat hendaknya.. Tak kuat rasanya bila nak menaip entri kali ini. Seakan tidak percaya tahun ini Ramadhan hanya tinggal berempat. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa pilunya hati ini menyambut Ramadhan kali ini. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Pantas tanpa dapat di duga . Namun aku tahu perancangan Allah itu adalah sebaik - baiknya. MAK/IBU/BONDA/UMI/MAMA/MUMY. Merupakan panggilan yang dipanggil kepada seorang isteri kepada ayah dan yang melahirkan kita ke dunia ini. Sangat beruntungnya orang - orang yang masih mempunyai mak. Bagi aku, aku telah kehilangan mak yang paling aku sayang, Tanggal 2 JUN 2015 mak telah kembali kepada penciptaNYA. Aku tak pernah sangka aku akan kehilangan secepat ini.Secepat ini Allah mengambil mak daripada kami. Allahuakhbar hanya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang sahaja tahu bagaimana dalaman ni. Namun kami sekeluarga tahu semua ini berlaku bersebab, Allah tak ak

Moga sama sama muhasabah diri. In Shaa Allah .

Assalammualaikum.. Bismillahhirahmannirahim.. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih memberi peluang bagi diri ini merasai nikmatnyaaa. Dah lama rasanya membiarkan blog ni berhabuk. Apa khabar semua? Moga sihat hendaknyaaa. Hidup sebagai seorang hamba Allah yang tidak sempurna, seorang student Form 6, seorang anak, seorang part time baker yang tak berapa professional bukanlah mudah seperti yang disangka. Orang cakap: 'apa susah kalau nak jadi senang kau jangan buat kerja lain selain tunaikan kewajipan kau terhadap Agama dan sebagai seorang anak dan juga belajar laa tak lupa kan. Tak payah nak buat minat kau terhadap pastri nii.' Selalunya bercakap lebih mudah daripada kau cuba duduk dekat tempat aku. Aku ada sebab kenapa aku cari duit dgn minat yg aku ada tuu. Sebab apa? Sebab aku taknak bebankan parents aku. Aku bukan berasal dari keluarga yang kaya mahupun berada. Aku ni dari keluarga biasa2 je. Aku tahu macam mana penat lelah mak ayah aku nak cari duit. Diorang bukan dud

Bisnes kecil kecilan ...

Assalammualaikum.  Alhamdulillah berkesempatan jugak nak update blog ni walaupun masa sangatlah terhad. Hidup sebagai pelajar form 6 a.k.a PRA UNIVERSITI ni ternyata bukannya mudah . Moga hati ni kuat untuk teruskan pembelajaran yang tinggal setahun sahaja lagi (INSHAALLAH) .  Okay memandangkan dah online ni kan. Saya nak perkenalkan yang saya ada buat bisnes kecil kecilan sedikit, Mana laa tahu kot kot berkenan bolehlah tempah :) Hehe, Saya ada buat bisnes kek . Alhamdulillah ianya mendapat sambutan dikalangan rakan2 mahupun orang ramai. Cuma mungkin saya tidak berapa dikenali . Apapun saya bersyukur dengan rezeki yang ALLAH beri. Sangatlah mencukupi. Walaupun kadang kala cemburu melihat rezeki orang lain , namun ALLAH telah menetapkan rezeki masing2. Mungkin bukan rezeki saya untuk mendapat seperti mereka tetapi saya yakin ALLAH ada perancangan yang lebih baik buat saya ...  Dengan kesibukan belajar saya curi juga masa untuk membuat kek. Al maklumlah tangan ni ka

Let Me Begin It All Here

Assalammualaikum semua. Syukur kehadrat Allah S.W.T masih memberi nafas kepada kita untuk terus hidup dimuka buminya yg indah ini :) MasyaAllah SubahanAllah Allahuakhbar malunya rasa pada diri ini kerana membaca entry yg lalu waktu kebudak budakan dulu. MasyaAllah siti mohon ampun , mohon maaf kepada yg dah muntah baca entry siti yg lalu ya. Siti harap semua masih okayy lagi :) Kini siti kembali untuk berblogger semula. InshaAllah siti akan share-kan info yg bermanfaat serta perniagaan kecil kecilan yg siti lakukan. Siti mohon jasa baik anda semua untuk support siti. InshaAllah Allah akan balas jasa awak semua. Sekian sahaja dari siti. Moga berjumpa awak di post akan datang.  InshaAllah :) Assalammualaikum ... 22.11.2014