Skip to main content

Moga sama sama muhasabah diri. In Shaa Allah .

Assalammualaikum..

Bismillahhirahmannirahim..
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih memberi peluang bagi diri ini merasai nikmatnyaaa. Dah lama rasanya membiarkan blog ni berhabuk. Apa khabar semua? Moga sihat hendaknyaaa.

Hidup sebagai seorang hamba Allah yang tidak sempurna, seorang student Form 6, seorang anak, seorang part time baker yang tak berapa professional bukanlah mudah seperti yang disangka. Orang cakap: 'apa susah kalau nak jadi senang kau jangan buat kerja lain selain tunaikan kewajipan kau terhadap Agama dan sebagai seorang anak dan juga belajar laa tak lupa kan. Tak payah nak buat minat kau terhadap pastri nii.' Selalunya bercakap lebih mudah daripada kau cuba duduk dekat tempat aku. Aku ada sebab kenapa aku cari duit dgn minat yg aku ada tuu. Sebab apa? Sebab aku taknak bebankan parents aku. Aku bukan berasal dari keluarga yang kaya mahupun berada. Aku ni dari keluarga biasa2 je. Aku tahu macam mana penat lelah mak ayah aku nak cari duit. Diorang bukan duduk dalam ofis macam mak bapak orang lain. So dengan cara ni aku berdikari untuk dapat duit sendiri. Aku ada tanggungan, aku ada duit motor yang aku perlu bayar tiap2 bulan. Orang cakap 'eh biarlah mak bapak kau yang bayar itu tanggungjawab diorang.' Sorry to say, benda tu aku yg pakai, aku guna tiap2 hari pergi sekolah why must parents aku yg keluarkan duit untuk bayar semua tu sedangkan aku yg kerap guna? Fikirlah kita ni terlalu bebankan mak ayah kita. Kadang2 semuanya harapkan parents jeeee. Kenapa kita tak usaha sendiri? Kenapa kita mesti bebankan parents kita? Ingat parents tak selamanya ada dengan kitaaa. Nanti kita akan sendiri jugakk. Cubalah fikir mcm mana penat parents kita cari duit untuk penuhkan kehendak kita yang kadang2 melampau ni? Kenapa tak cuba cari duit sendiri dan beli sendiri apa kita nak? Bayangkan kalau mak bapak kita dah takde. Dekat siapa kita nak mintak tu semua? Belajarlah berdikari sikit. Jangan semua harapkan parents. Eventhough kau kaya sekalipun belajar bersyukur dengan nikmat yang kau dapat. Jangan bangga, bongkak dengan kekayaan yang kau ada. Kadang2 bukan semua orang nakkan duit kita. Tak semestinya kalau kau kaya orang2 sekeliling kau ni harapkan kau untuk belanja diorang dan KAWAN DENGAN KAU SEBAB DUIT! Please lahh. Bukan semua manusia ni MATA DUITAN! Walaupun kau kaya tak semestinya kau akan selamanya kaya. Bila bila masa je Allah boleh tarik nikmat tu daripada kau. Bersyukurlah selagi mampu. Bersyukurlag selagi Allah masih memberi kau nikmat untuk merasa senang dengan kekayaan yang diberi. Bijaklah pilih kawan supaya kawan2 sekeliling kau bukanlah jenis yang ambil kesempatan. Aku pernah rasa mcm mana orang kawan dengan aku sebab duit. Aku ni bukanlah cantik mana kalau nak ada ramai kawan. Tapi aku pernah rasa macam mana aku dikelilingi ramai kawan tapi yang adanya kawan sebab duit. Kau rasa apa aku buat? Aku buta. Aku seronok sebab ramai orang keliling aku. Bersyukur dengan nikmat Allah bagi? Kadang kala ada kadang kala lebih kepada bongkak. Bila Allah tarik nikmat tu dari aku, perlahan lahan DIA bagi aku rasa betapa susahnya bila aku kena susah payah cari duit. Aku sedar yang selama ni aku terlalu dikaburi dengan nikmat yang diberi tanpa bersyukur. Bila aku dah mula susah, Mana kawan2 aku yg ramai tu? Mana? Hilang.. Lesap mcm tu jee. Sebab apa? Sebab aku dah tak boleh nak belanja diorang itu ini nak tolong diorang kalau susah. Nak topapkan diorg. Sebab aku dah tk boleh aku hilang kawan... Menyesal? Sikit pun tak. Sebab benda tu berlaku akan kebodohan aku. Namun bukan semua kawan2 aku mcm tu. Kawan2 aku yg setia sampai sekarang yg ada masa susah senang. MashAllah tak tahu nak gambarkan macam mana laaa sayang ni dekat diorang..

Ingatlahh. Hidup kita ni sementaraa. Allah pinjamkan nikmat, bersyukurlah selagi kita masih diberi peluang. Bila masa nikmat ni dah ditarik. Jangan menyesal. Tapi menyesal sebab kita tak pernah bersyukurrr. Kawan? Kawan ni kita kena bijak pilih. Tak semuanyaa baik. Tak semua jugak jahat tapi jangan terlalu letakkan kepercayaan laaa dekat kawan2 kita. Sebab kita tak duduk serumah dengan diorang kita taktahu apa niat disebalik hati diorg ni. So apapun, bijaklah memilih kawan bukan semua yang nampak cantik, baik, pendiam tu semuanya baik. Yang tak cantik, terlalu bising dan banyak cakap ni semuanya jahat. Karakter tu kadang tak dapat nilai dengan perwatakan. Kalau kita buat baik dengan orang maka kita dapatlah baik. Ingat bersyukur dengan nikmat Allah tu penting dan pandai pandailah pilih kawan ;) moga terjawab persoalan tentang kenapa aku susahkan diri aku dengan buat kerja sambilan. Miga tak ada lagi mulut2 jahat yang terus terusan mengata ye. In shaa Allah. Aaminn.

#maaf jika ada terguriskan  hati sesiapaaa ;)

Popular posts from this blog

Awal Ramadhan Yang Sayu ...

Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh... Apa khabar? Harap sihat walafiat hendaknya.. Tak kuat rasanya bila nak menaip entri kali ini. Seakan tidak percaya tahun ini Ramadhan hanya tinggal berempat. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa pilunya hati ini menyambut Ramadhan kali ini. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Pantas tanpa dapat di duga . Namun aku tahu perancangan Allah itu adalah sebaik - baiknya. MAK/IBU/BONDA/UMI/MAMA/MUMY. Merupakan panggilan yang dipanggil kepada seorang isteri kepada ayah dan yang melahirkan kita ke dunia ini. Sangat beruntungnya orang - orang yang masih mempunyai mak. Bagi aku, aku telah kehilangan mak yang paling aku sayang, Tanggal 2 JUN 2015 mak telah kembali kepada penciptaNYA. Aku tak pernah sangka aku akan kehilangan secepat ini.Secepat ini Allah mengambil mak daripada kami. Allahuakhbar hanya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang sahaja tahu bagaimana dalaman ni. Namun kami sekeluarga tahu semua ini berlaku bersebab, Allah tak ak

Sekadar Coretan...

Bismillahhirrahmannirrahim... Assalammualaikum buat semua pembaca dan pengikut blog saya. Maaf kerana lama tak update namun saya tahu ramai yang masih berkunjung untuk menantikan cerita baru dari diri yg naif ini. Hari ini sudah 30 Oktober, ini bermakna bulan Oktober sudah pun mahu meninggalkan kita. Buat adik2 yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada minggu depan sahaja, akk doakan adik dapat menjawab dengan jayanya. Banyak2 kan berdoa, solat jangan dilupa inshaAllah Allah bantu kita. Buat semua calon STPM mahupun Penggal 3 atau Penggal 1 sama juga sama2 lah kita berusaha untuk melangkahkan kaki ke Universiti. InshaAllah apa yang dipelajari dapat dimanfaatkan ke jalan Allah S.W.T sebaik - baiknya... Aamiin InshaAllah. 28 Oktober 2015. Harini dekat sekolah ada majlis mohon restu. Benda yang aku paling lemah bila nak mengadap anak mata cikgu2 sebab akan mulalah drama kat atas pentas tu nanti. So aku pun dengan sadonya kononnya lah taknak nangiss huhu. Propa je siti ni. Last2

Trip to Lata Belatan, Besut Terengganu...

Assalammualaikum and Hai semua... Buat apa? Dah makan? Dah minum? Dah apa lagi.. Hehe yang mana belum makan tu dah nak masuk tengah malam kan ni, so pergilah makan. Jangan dok diet ke apa sangat, kalau nak diet sila amalkan pemakanan yang betul agar dia tak memudaratkan kita balik. So entri kalini saya nak cerita tentang trip saya mandi waterfall dengan kawan2 pada hari Jumaat yang lepas so hope you guys enjoy okayy! Okay seperti gambar dekat atas ni, haa inilah ahli2 yang perginyaa tapi lagi 2 orang missing sbb diorg driver so diorg pergi ambil kereta, yg para penumpang ni menjalankan kerja dengan selfie. HAHA. Semua perempuan and masih single. Em masih ke? Okay itu kena tanya tuan badan tu sendirilah yek. As for me, ai masih available hehehe. Okay back to topic, kami ni asalnya satu group untuk satu subjek ni. Biasanya orang kata lepas habis je kerja group, masing2 mesti bawak haluan sendiri. Tapi Alhamdulillah, ukhuwah kami menjadi semakin erat. Walaupun kami ta