Skip to main content

Sekadar Coretan...

Bismillahhirrahmannirrahim...

Assalammualaikum buat semua pembaca dan pengikut blog saya. Maaf kerana lama tak update namun saya tahu ramai yang masih berkunjung untuk menantikan cerita baru dari diri yg naif ini. Hari ini sudah 30 Oktober, ini bermakna bulan Oktober sudah pun mahu meninggalkan kita. Buat adik2 yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada minggu depan sahaja, akk doakan adik dapat menjawab dengan jayanya. Banyak2 kan berdoa, solat jangan dilupa inshaAllah Allah bantu kita. Buat semua calon STPM mahupun Penggal 3 atau Penggal 1 sama juga sama2 lah kita berusaha untuk melangkahkan kaki ke Universiti. InshaAllah apa yang dipelajari dapat dimanfaatkan ke jalan Allah S.W.T sebaik - baiknya... Aamiin InshaAllah.

28 Oktober 2015.
Harini dekat sekolah ada majlis mohon restu. Benda yang aku paling lemah bila nak mengadap anak mata cikgu2 sebab akan mulalah drama kat atas pentas tu nanti. So aku pun dengan sadonya kononnya lah taknak nangiss huhu. Propa je siti ni. Last2 aku jugak yang berair dulu atas tu. Mula2 lagi mengadap Sir Rajendran iaitu cikgu Sejarah aku. Aku mcm nak berair dah but aku tahan. Sampai dekat Teacher Valar pulak iaitu cikgu MUET aku dengan dipeluknya aku dan tak habis2 mintak cucur jagung dia(sebab dulu dia mintak arwah mak aku ada, skrg ni sapa nak buat sedap mcm mak buatkan) so aku cakap dengan dia next year jelah aku bagi huhu. Okay waktu dekat dia tu aku sado lagi cuma dan terkeluar sikit laa air mata tu tapi aku kesat. Sampai dekat cikgu Ekonomi aku iaitu Puan Muflihatun atau kami selalu gelar dia cikgu Atun, pergh tak boleh tahan beb air mata aku keluar mcm hujan renyai gitu huhu tapi ni tak lebat mana. Sampai je dekat cikgu kelas aku yg merangkap cikgu Pengajian Perniagaan aku iaitu Puan Zalina memang banjir kilat laa habaq kat hampa nohh. Aku tak boleh sikit dengan dia ni, aku cepat touchinggg. Sebab dia ni macam mak aku. Chubby2 dia, muka dia memang buat aku teringat kat mak lahh. So apalagi aku peluk dia erat2 and nangis lee kome oii. Ate aku ni rindu sangatnye pun kat mak kan. Hmm mak, how i wish you were here. Hari2 adik mengadap kawan2 adik diorg masih lagi mencoret memori dengan mak diorg. As for me? I cant mak. Saya ni berlagak sado je depan kawan2 saya, balik rumah saya nangis tau, Bila dengar diorg cerita pasal mak diorg bila dgr mak diorg masakkan untuk diorg hmm i miss all that from you mak. Really miss. Mak tenang disana ya? Tunggu kami tau. Al - Fatihah ~

29 Oktober 2015.
Semalam aku mimpikan mak. Aku ingatkan aku berada didunia realiti dimana mak masih lagi disamping aku. Dalam mimpi tu aku tak putus2 mintak maaf dekat mak, minta dia halalkan semua yang dia berikan kepada aku selama ni. Dia senyum dan berkata 'mak dah lama maafkan dan halalkan apa yang mak berikan, adik jangan sedih ya mak ada ni'. Allahu hanya Allah sahaja tahu apa yang aku rasa pada saat itu. Mak senyum sahaja dalam mimpi itu seolah - olah dia sangat bahagia seperti dia berada dengan kami. Aku menangis memeluknya, aku rindukan mak. Sangat rindu... Namun aku tahu kita di alam yang berbeza. Sedang aku mengamati mimpi yang indah itu yang aku anggap bahawa ianya realiti, ayah kejutkan aku dari tidur. Apabila aku bangun sahaja, aku terus mencari mak. Terjelepuk aku bila aku sedar bahawa itu semua mimpi dan mak telah pergi buat selama - lamanya. Lantas air mata pun gugur kerana aku amat berharap mak masih ada... Maafkan aku Allah, bukan aku tak redha dengan ketentuanmu namun aku rindu akan mak. Ya, aku sangat rindu mak...



30 Oktober 2015.
Bulan Oktober semakin meninggalkan kita. 2 Oktober yang lalu birthday mak and genaplah perginya mak selama 4 bulan. Walaupun 4 bulan tu dah agak lama but still lagi your customer tanya where are you mak? Most of them still dont know. Bila mengenagkan awak dah pergi mak, diorang nampaknnya sedih.. Ada yang sampai menangislah depan kami. Hmm apa yang kami mampu buat mak? Sedangkan pelanggan awak pun turut rasa kehilangan awak, apatah lagi kami ni keluarga awak yang selalu dengan awak? Tapi sayangnya kami dekat mak tak boleh tanding sayangnya Allah dekat mak.. Dia ambil awak dulu sebab dia nak awak rehat dia nak jaga awak pulak selepas dia beri kami jaga awak selama ni. Kami bersyukur sangat Allah bagi kami masa 3 hari dengan merawat awak dekat hospital haritu. Walaupun jangka masa tu sangat singkat, tapi kami bersyukur kerana Allah masih lagi memberi peluang kepada kami. Buat keluarga lain yang ahli keluarganya mengalami sakit seperti mak, Allah jemput mereka lebih awal tanpa diberi peluang seperti kami. Kami bersyukur mak. Bersyukur dengan ketentuan yang telah tertulis. Baju, gambar, suara, video yang menjadi pengubat rindu ini kepada awak mak. Doa kami mengiringi awak selalu mak. Walaupun kami tak selalu melawat awak tapi tanda ingatan kami tetap kuat untuk awak. Moga roh Juneidah binti Ahmad dicucuri rahmat, berada disamping orang2 beriman dan beramal soleh, diluaskan kuburnya, disinari dengan cahaya serta Allah permudahkan urusannya di alam sana. InshaALLAH.. Walaupun tahun ni Hari Lahir awak jatuh pada hari yang mulia iaitu Jumaat penghulu segala hari namun awak tak dapat bersama - sama kami untuk sambut pada tahun ni. Tak apa kami redha mak... Kami sayang sangat dekat awak mak. Sangat sayang...

Minggu depan saya nak exam STPM PENGGAL 3, sepanjang minggu ni saya memikirkan awak je mak. Memikir mana saya nak dapat doa dari awak. Setiap kali exam awak selalu pesan dekat saya " Adik, buat elok2 ya. Mak dah doakan adik, adik usaha pulak ye. InshaAllah Allah bantu". Allahu gugur lagi air mata ni bila menaip entri kali ini. Makkk, adik akan cuba buat sehabis baik ye. Saya akan cuba hadiahkan kejayaan buat mak. Mak nak sangat adik sambung Form 6 kan sebab mak taknak anak manja mak ni jauh dari mak kan? Adik tunaikan permintaan mak ye. Moga Allah akan sentiasa hadiahkan kekuatan buat kami sekeluarga. Moga mak sentiasa dalam lindungannya inshaAllah.

Setakat ini saja entri buat kali ini, mohon doa dari kalian agar saya dapat menjawab exam dengan jayanya dan moga Allah sentiasa permudahkan segala urusan kita ye. Akhir kata, ampun maaf kalau ada tersalah kata sehingga mengguriskan hati. Moga berjumpa di lain hari. Stay tune :)



Yang terpisah hanyalah jasad, namun kasih sayang tetap mengalir. Al - Fatihah buat mak tersayang. Moga sentiasa diberkati dan dilindungi Allah inshaALLAH. Aamiin... 

Popular posts from this blog

Awal Ramadhan Yang Sayu ...

Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh... Apa khabar? Harap sihat walafiat hendaknya.. Tak kuat rasanya bila nak menaip entri kali ini. Seakan tidak percaya tahun ini Ramadhan hanya tinggal berempat. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa pilunya hati ini menyambut Ramadhan kali ini. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Pantas tanpa dapat di duga . Namun aku tahu perancangan Allah itu adalah sebaik - baiknya. MAK/IBU/BONDA/UMI/MAMA/MUMY. Merupakan panggilan yang dipanggil kepada seorang isteri kepada ayah dan yang melahirkan kita ke dunia ini. Sangat beruntungnya orang - orang yang masih mempunyai mak. Bagi aku, aku telah kehilangan mak yang paling aku sayang, Tanggal 2 JUN 2015 mak telah kembali kepada penciptaNYA. Aku tak pernah sangka aku akan kehilangan secepat ini.Secepat ini Allah mengambil mak daripada kami. Allahuakhbar hanya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang sahaja tahu bagaimana dalaman ni. Namun kami sekeluarga tahu semua ini berlaku bersebab, Allah tak ak

Trip to Lata Belatan, Besut Terengganu...

Assalammualaikum and Hai semua... Buat apa? Dah makan? Dah minum? Dah apa lagi.. Hehe yang mana belum makan tu dah nak masuk tengah malam kan ni, so pergilah makan. Jangan dok diet ke apa sangat, kalau nak diet sila amalkan pemakanan yang betul agar dia tak memudaratkan kita balik. So entri kalini saya nak cerita tentang trip saya mandi waterfall dengan kawan2 pada hari Jumaat yang lepas so hope you guys enjoy okayy! Okay seperti gambar dekat atas ni, haa inilah ahli2 yang perginyaa tapi lagi 2 orang missing sbb diorg driver so diorg pergi ambil kereta, yg para penumpang ni menjalankan kerja dengan selfie. HAHA. Semua perempuan and masih single. Em masih ke? Okay itu kena tanya tuan badan tu sendirilah yek. As for me, ai masih available hehehe. Okay back to topic, kami ni asalnya satu group untuk satu subjek ni. Biasanya orang kata lepas habis je kerja group, masing2 mesti bawak haluan sendiri. Tapi Alhamdulillah, ukhuwah kami menjadi semakin erat. Walaupun kami ta