Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Awal Ramadhan Yang Sayu ...

Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh... Apa khabar? Harap sihat walafiat hendaknya.. Tak kuat rasanya bila nak menaip entri kali ini. Seakan tidak percaya tahun ini Ramadhan hanya tinggal berempat. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa pilunya hati ini menyambut Ramadhan kali ini. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Pantas tanpa dapat di duga . Namun aku tahu perancangan Allah itu adalah sebaik - baiknya. MAK/IBU/BONDA/UMI/MAMA/MUMY. Merupakan panggilan yang dipanggil kepada seorang isteri kepada ayah dan yang melahirkan kita ke dunia ini. Sangat beruntungnya orang - orang yang masih mempunyai mak. Bagi aku, aku telah kehilangan mak yang paling aku sayang, Tanggal 2 JUN 2015 mak telah kembali kepada penciptaNYA. Aku tak pernah sangka aku akan kehilangan secepat ini.Secepat ini Allah mengambil mak daripada kami. Allahuakhbar hanya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang sahaja tahu bagaimana dalaman ni. Namun kami sekeluarga tahu semua ini berlaku bersebab, Allah tak ak