Skip to main content

Bisnes kecil kecilan ...

Assalammualaikum. 


Alhamdulillah berkesempatan jugak nak update blog ni walaupun masa sangatlah terhad. Hidup sebagai pelajar form 6 a.k.a PRA UNIVERSITI ni ternyata bukannya mudah . Moga hati ni kuat untuk teruskan pembelajaran yang tinggal setahun sahaja lagi (INSHAALLAH) . 


Okay memandangkan dah online ni kan. Saya nak perkenalkan yang saya ada buat bisnes kecil kecilan sedikit, Mana laa tahu kot kot berkenan bolehlah tempah :) Hehe, Saya ada buat bisnes kek. Alhamdulillah ianya mendapat sambutan dikalangan rakan2 mahupun orang ramai. Cuma mungkin saya tidak berapa dikenali . Apapun saya bersyukur dengan rezeki yang ALLAH beri. Sangatlah mencukupi. Walaupun kadang kala cemburu melihat rezeki orang lain , namun ALLAH telah menetapkan rezeki masing2. Mungkin bukan rezeki saya untuk mendapat seperti mereka tetapi saya yakin ALLAH ada perancangan yang lebih baik buat saya ... 


Dengan kesibukan belajar saya curi juga masa untuk membuat kek. Al maklumlah tangan ni kalau sudah biasa bermain dengan tepung tak sah kalau tak main dalam seminggu tu hehe. Namun saya perlu lebih pandai membahagikan masa sebab sem 2 tingkatan 6 agaklah mencabar . Dengan dibebani oleh 2 kerja kursus yang bukan calang2 ingin membuatnya bukan boleh hentam keromoh begitu sahaja , perlukan penyelidikan yang amat rapii. Harap saya dapat menyelesaikannya dengan cemerlang. Aminn .. 
Okay back to the topic. Ni saya ada kongsikan produk2 yang saya buat.. Mungkin tidak sama seperti  orang lain. Kerana lain orang lain caranya.. Berbeza rasanya. Jika ada yang berminat. Bolehlah hubungi saya sama ada melalui WHATSAPP / SMS / CALL di talian : 012-5261404 / 012-5598622

Antara produk yang dijual adalah :

- kek @ cupcake pertunangan
- kek hari jadi @ apa2 event lain
- Kek Lapis Masam Manis
- Kek Coklat Leleh
- Chocolate Cheese
- Snow Cheese Cake / Kek keju leleh (pelbagai flavour)
- Chocolate Moist Cake
- Rainbow Cake
- Cupcake (pelbagai flavour)
- Cheese Tart (pelbagai flavour)
- Chocolate Tart
- Rainbow Cookies / Biskut Lidah Kucing
- Toffe Caramel Walnut
- Apam Polkadot










Ini antara beberapa gambar yang dapat saya kongsikan . Gambar ini merupakan gambar original daripada saya sendiri tanpa diciplak daripada mana2 sumber. Akan saya upload lagi gambar2 tempahan yang telah saya terima serta pelbagai feedback daripada customer. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya yang tidak seberapa ni. Teruskan menunggu entry yang akan datang kerana pelbagai lagi gambar akan dikongsikan :) Sekian , salam sayang dari saya, Assalammualaikum ....

Popular posts from this blog

Trip to Lata Belatan, Besut Terengganu...

Assalammualaikum and Hai semua... Buat apa? Dah makan? Dah minum? Dah apa lagi.. Hehe yang mana belum makan tu dah nak masuk tengah malam kan ni, so pergilah makan. Jangan dok diet ke apa sangat, kalau nak diet sila amalkan pemakanan yang betul agar dia tak memudaratkan kita balik. So entri kalini saya nak cerita tentang trip saya mandi waterfall dengan kawan2 pada hari Jumaat yang lepas so hope you guys enjoy okayy! Okay seperti gambar dekat atas ni, haa inilah ahli2 yang perginyaa tapi lagi 2 orang missing sbb diorg driver so diorg pergi ambil kereta, yg para penumpang ni menjalankan kerja dengan selfie. HAHA. Semua perempuan and masih single. Em masih ke? Okay itu kena tanya tuan badan tu sendirilah yek. As for me, ai masih available hehehe. Okay back to topic, kami ni asalnya satu group untuk satu subjek ni. Biasanya orang kata lepas habis je kerja group, masing2 mesti bawak haluan sendiri. Tapi Alhamdulillah, ukhuwah kami menjadi semakin erat. Walaupun kami ta...

Let Me Begin It All Here

Assalammualaikum semua. Syukur kehadrat Allah S.W.T masih memberi nafas kepada kita untuk terus hidup dimuka buminya yg indah ini :) MasyaAllah SubahanAllah Allahuakhbar malunya rasa pada diri ini kerana membaca entry yg lalu waktu kebudak budakan dulu. MasyaAllah siti mohon ampun , mohon maaf kepada yg dah muntah baca entry siti yg lalu ya. Siti harap semua masih okayy lagi :) Kini siti kembali untuk berblogger semula. InshaAllah siti akan share-kan info yg bermanfaat serta perniagaan kecil kecilan yg siti lakukan. Siti mohon jasa baik anda semua untuk support siti. InshaAllah Allah akan balas jasa awak semua. Sekian sahaja dari siti. Moga berjumpa awak di post akan datang.  InshaAllah :) Assalammualaikum ... 22.11.2014