Skip to main content

Trip to Lata Belatan, Besut Terengganu...

Assalammualaikum and Hai semua...

Buat apa? Dah makan? Dah minum? Dah apa lagi.. Hehe yang mana belum makan tu dah nak masuk tengah malam kan ni, so pergilah makan. Jangan dok diet ke apa sangat, kalau nak diet sila amalkan pemakanan yang betul agar dia tak memudaratkan kita balik. So entri kalini saya nak cerita tentang trip saya mandi waterfall dengan kawan2 pada hari Jumaat yang lepas so hope you guys enjoy okayy!




Okay seperti gambar dekat atas ni, haa inilah ahli2 yang perginyaa tapi lagi 2 orang missing sbb diorg driver so diorg pergi ambil kereta, yg para penumpang ni menjalankan kerja dengan selfie. HAHA. Semua perempuan and masih single. Em masih ke? Okay itu kena tanya tuan badan tu sendirilah yek. As for me, ai masih available hehehe. Okay back to topic, kami ni asalnya satu group untuk satu subjek ni. Biasanya orang kata lepas habis je kerja group, masing2 mesti bawak haluan sendiri. Tapi Alhamdulillah, ukhuwah kami menjadi semakin erat. Walaupun kami tak sama course tapi Alhamdulillah saya bersyukur dapat kawan2 yang baik molek gini. Hee... So actually this is our 2nd vacation, before ni pun ada jugak. Kami pergi Machang, mungkin entri lain saya akan bercerita about our 1st trip tu kot. So, untuk entri yang ni saya cerita tentang perjalanan kami ke Besut k. Lepas habis kelas apa semua kami pun bertolak around pukul 1 camtu ke destinasi yang dituju. So excited!


Haa disebabkan total yang pergi 8 orang, jadinya satu kereta diisi oleh 4 orang sahaja. Hehe yang kereta satu lagi tak belanja gambar.. So sis takdelah masukkan gambar mengkeme dekat sini haha. Sape suruh taknak bagi gambar! So dalam perjalanan ni mcm2 aktiviti kami buat antaranya melalak, karaoke(sebab kelantan tkade tempat karok so karok dalam kereta ja). Actually its more like spending time together laa, share stories, singing and kami mengimbau kenangan waktu orentasiNyanyi lagu UMK chu olls haha. So sembang punya sembang tak sedar yang....... Finally, kami dah masuk daerah TERENGGANU!! Ai olls nak sangat pergi travel dekat Terengganu ni, So mungkin akan selalu lah datang ke sini nanti. Sekarang ni kena bajet bajet sikit duitnyaa. Kami punya konsep travel ni kami ambik tempat yang tak menggunakan duit haha. So sangat save and berbaloi.. Kami spent about RM 15 seorang untuk duit kereta(kami sewa kereta) dan minyak. Yang makan minum tu semua hampa sendiri2 la noh. Kang tak adil pulak nak tong tong duit tapi hampa makan yang mahai sajaa. 



So after masuk pintu gerbang TERENGGANU tu, you alls jalan je straight, sampailah jumpa masjid kayu tu haa dah nak dekat sampailah tu. Sebelum korang jumpa simpang nak masuk Lata Belatan tu,korang akan jumpa simpang nak masuk Hotspring La dulu so its up to korang lah nak pergi mana either mandi waterfall or hotspring kan. Sebab dua dua tu berdekatan jee. If korang rasa nak mandi air panas pergi Hotspring La tu, katanya air dia pun cantikk.. Okay lepas masuk simpang Lata Belatan tu, korang kena lalu kampung2 dulu sebelum nak jumpa betul2 tempat dia. Seronoklah rasa environment kampung tu teringat pulak dekat kampung ai em.. So lepas dalam beberapa minit perjalanan tu, dah sampaiiiiiiiiiii. Hehe, Alhamdulillah. Finally we are here! Expectation kami tempat ni tak berjaga i mean mcm kita bebas je nak masuk gitu tapi tempat ni tempat berjaga rupanya dan sudah semestinya berbayar lah kalau gitu.. Bayaran masuknya hanya RM 2 bagi DEWASA dan untuk KANAK2 pula RM 1 sahaja dan waktu pembukaan dari 8am sampai 5pm. Okay latu, kemudahan semua disediakan kan. Boleh bawak masuk makanan dan boleh buat bakar2 you alls!



Tengok muka semua, happy nau nau. So sebelum mandi buat apa kawan2? Haa kami solat zuhur dulu.. Berseronok seronok jugak, kewajipan jangan lupa ye. Allah dah memudahkan perjalanan kita jadi kita kena mengucapkan syukur padaNYA. So lepas selesai solat semua kami pun teruskan pendakian untuk mencari tempat yang sesuai untuk kami bertapa. Haha ekceli tempat ni besar but korang kena mendaki or menaiki tanggalah dalam erti kata lain untuk dapat tempat yang dalam2 sikit. Sebab yang dekat bawah tu cetek je. Kalau hakak terjun habis air kering dik non HAHA. So kami dapat tempat yang sesuai. Haa tengok tu cantik tak air dia... Biru Hijau gitu. Sangat jernih laaaa and shooo shejukk! Hehehe. So ape tunggu lagi! Jom Mandiiiiii ~~~~












Haa tengok tu, cantikkan suasana kat sana. Air dia memang pantul balik muka korang. And jernih dia sampai boleh nampak dekat dalam tu ada apaa. Sangatlah jernih! Nak kata mcm mana dah tak tahu nak gambarkan perasaan seronoknya mcm mana. Selalu mengadap Bandar, sekali sekala cuci mata dengan persekitaran yang sihat mcm ni rasa tenang je. Saya sangat recommend Lata Belatan ni untuk sesiapa datang, sebab sangat puas hati.. Cuma korang kena mendaki sikit untuk dapatkan tempat yang cantik mcm ni lah. Kalau kat bawah tu cetek2 jee. So bagi sesiapa yang duduk area Besut tu confirm laa dah pernah mai kan. Haa yg mana duduk Kelantan tu ataupun student mcm kami ni, sekali sekala hampa p lah berjalan nakk oii. Cuci mata, tenangkan otak hampa tu.. Tak rugilah sebab tempat dia best dan orang akan rasa suasana tenang kat sana. Cuma toilet dialah agak bermasalah sikit, tapi korg dah besar kan? Pandai2 laa cari inisiatif nak tukar baju tu mcm mana hehe *harap faham dengan maksud hamba* Pakat dengan team hampa p travel tempat orang hehe.. So kami mai pun dah lewat. Lepas sejam lebih mandi, kami pun naikk.. Sebab tak tahan sejuk satu, lepastu tak solat asar lagi, lepastu dengan lapornya sebab tak bawak makanan, lepastu sebab dia tulis tutup pukul 5. So kami pun turun salin baju, solat ape semua and balik ke tempat asal lah.. Huhu so sad..... Tapi sebelum turun kasi angkat wefie satu kali HAHAHA




Haa bergambor pun udah, mandi pun udah, solat pun Alhamdulillah sudah. So kemana kita seterusnya? Haa apa lagi cari makan lerr. Ate lapo bebeno dahnii kome oii. Perut tak isi lagi so dalam perjalanan balik tu kami cadang nak singgah je mana2 restoran yang jumpaa. Sebab kelaparan melampau HAHA. So akhirnya kami berhenti dekat ‘HUSNA SEAFOOD’. So semua pun pakat makan, sebab laparkan. Dan kami tak lepaskan peluang order Sate, sebab sepanjang jalan kami tgk sate mcm femes je dekat sini kan. So kami tong2 duit and makan sate(makanan lain pun ada tau, sate tu sebagai tambahan sebab lapar HAHA). Makanan dekat sini not bad lah dengan harga.. Tapi sate dia memang power. Terbaikk and sangat sedap. Harga sate dia pun berpatutan lah dengan kebesaran sate dia tu. RM 0.70 untuk sate ayam dan RM 0.80 untuk sate daging.. Kuah dia pun sedap, sate dia pun sedapp tak rugilah cite dia makan! Cuma nasi dia je, nasi sama tapi lauk je yang lain huhu. And air buah dekat sini sangat sedapp! So apa lagi keje kami wefie je HAHA. 






Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Perut pun dah kenyang, hati pun banyak senang HAHA. So kami pun meneruskan jalan balik ke UMK. HOHO. Tapi sebelum tu kami berhenti dekat MASJID ULUL ALBAB @ dikenali sebagai Masjid Kayu untuk menunaikan Solat Maghrib… Tak dapat nak ambil gambar sebab dah gelap. (sumber gambar masjid dibawah adalah drpd Google, terima kasih wahai google) Tapi kalau datang jangan lupa singgah masjid ni yaa. Sangat cantik dan cantiklah!! Hehe. So goodbye Terengganu.. We will come back soon for the next trip. Hehe, terima kasih ALLAH kerana memudahkan perjalanan pergi dan balik kami. Alhamdulillah semuanya selamat dan berjalan seperti yang dirancang. So girls let us plan for next trip!!! Itu sahaja untuk entri kalini, terima kasih sudi membaca dan moga2 dapat maklumat daripada entri ini. Hee, baii and Assalammualaikum!








'Berjalan - berjalan jugak, solat jangan tinggal.. Allah dah bagi kesempatan dekat korang untuk travel dengan kawan2, kewajipan jangan lupa ya teman2.. Muahh ciked :* '


Love, SNIBJ  

Popular posts from this blog

Awal Ramadhan Yang Sayu ...

Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh... Apa khabar? Harap sihat walafiat hendaknya.. Tak kuat rasanya bila nak menaip entri kali ini. Seakan tidak percaya tahun ini Ramadhan hanya tinggal berempat. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa pilunya hati ini menyambut Ramadhan kali ini. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Pantas tanpa dapat di duga . Namun aku tahu perancangan Allah itu adalah sebaik - baiknya. MAK/IBU/BONDA/UMI/MAMA/MUMY. Merupakan panggilan yang dipanggil kepada seorang isteri kepada ayah dan yang melahirkan kita ke dunia ini. Sangat beruntungnya orang - orang yang masih mempunyai mak. Bagi aku, aku telah kehilangan mak yang paling aku sayang, Tanggal 2 JUN 2015 mak telah kembali kepada penciptaNYA. Aku tak pernah sangka aku akan kehilangan secepat ini.Secepat ini Allah mengambil mak daripada kami. Allahuakhbar hanya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang sahaja tahu bagaimana dalaman ni. Namun kami sekeluarga tahu semua ini berlaku bersebab, Allah tak ak

Sekadar Coretan...

Bismillahhirrahmannirrahim... Assalammualaikum buat semua pembaca dan pengikut blog saya. Maaf kerana lama tak update namun saya tahu ramai yang masih berkunjung untuk menantikan cerita baru dari diri yg naif ini. Hari ini sudah 30 Oktober, ini bermakna bulan Oktober sudah pun mahu meninggalkan kita. Buat adik2 yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada minggu depan sahaja, akk doakan adik dapat menjawab dengan jayanya. Banyak2 kan berdoa, solat jangan dilupa inshaAllah Allah bantu kita. Buat semua calon STPM mahupun Penggal 3 atau Penggal 1 sama juga sama2 lah kita berusaha untuk melangkahkan kaki ke Universiti. InshaAllah apa yang dipelajari dapat dimanfaatkan ke jalan Allah S.W.T sebaik - baiknya... Aamiin InshaAllah. 28 Oktober 2015. Harini dekat sekolah ada majlis mohon restu. Benda yang aku paling lemah bila nak mengadap anak mata cikgu2 sebab akan mulalah drama kat atas pentas tu nanti. So aku pun dengan sadonya kononnya lah taknak nangiss huhu. Propa je siti ni. Last2

Let Me Begin It All Here

Assalammualaikum semua. Syukur kehadrat Allah S.W.T masih memberi nafas kepada kita untuk terus hidup dimuka buminya yg indah ini :) MasyaAllah SubahanAllah Allahuakhbar malunya rasa pada diri ini kerana membaca entry yg lalu waktu kebudak budakan dulu. MasyaAllah siti mohon ampun , mohon maaf kepada yg dah muntah baca entry siti yg lalu ya. Siti harap semua masih okayy lagi :) Kini siti kembali untuk berblogger semula. InshaAllah siti akan share-kan info yg bermanfaat serta perniagaan kecil kecilan yg siti lakukan. Siti mohon jasa baik anda semua untuk support siti. InshaAllah Allah akan balas jasa awak semua. Sekian sahaja dari siti. Moga berjumpa awak di post akan datang.  InshaAllah :) Assalammualaikum ... 22.11.2014