Skip to main content

Awal Ramadhan Yang Sayu ...

Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh...

Apa khabar? Harap sihat walafiat hendaknya..
Tak kuat rasanya bila nak menaip entri kali ini. Seakan tidak percaya tahun ini Ramadhan hanya tinggal berempat. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa pilunya hati ini menyambut Ramadhan kali ini. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Pantas tanpa dapat di duga . Namun aku tahu perancangan Allah itu adalah sebaik - baiknya.

MAK/IBU/BONDA/UMI/MAMA/MUMY.
Merupakan panggilan yang dipanggil kepada seorang isteri kepada ayah dan yang melahirkan kita ke dunia ini. Sangat beruntungnya orang - orang yang masih mempunyai mak. Bagi aku, aku telah kehilangan mak yang paling aku sayang, Tanggal 2 JUN 2015 mak telah kembali kepada penciptaNYA. Aku tak pernah sangka aku akan kehilangan secepat ini.Secepat ini Allah mengambil mak daripada kami. Allahuakhbar hanya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang sahaja tahu bagaimana dalaman ni. Namun kami sekeluarga tahu semua ini berlaku bersebab, Allah tak akan duga sebegini jika kami sekeluarga tak mampu. Aku bersyukur kerana Allah masih sayangkan kami sebab itu DIA datangkan ujian sebgini kepada kami. Walaupun hati ini rindu sangat dekat mak namun aku tahu Allah akan menjaganya dengan baik. Aku redha dengan kepergiannya walaupun sampai sekarang aku masih menangis kerana merasa tidak kuat dengan semua ni. Namun aku cuba muhasabah diri ini agar menjadi kuat untuk ahli keluarga yang lain.

Saat doktor memberitahu bahawa mak menghidapi Brain Stem Bleeding dan tiada peluang untuk hidup. Terasa tubuh ini ingin rebah ke bumi, tiada daya lagi dalam tubuh ini mahupun untuk menapakkan kaki. Namun ayah aku disisi, dengan keadaan ayah yang tidak berapa nak sihat kerana menghidapi strok 2 tahun yang lalu aku kuatkan diri demi ayah. Kerana bagi aku doktor bukanlah Tuhan untuk menentukan hidup mati seseorang. Ya, aku memang mengharapkan keajaiban daripada Allah pada masa itu. Sejak hari itu, ayah tak pernah berenggang dengan mak. Mahupun disuruh balik untuk tukar baju sekalipun ayah tetap tak nak. Aku sedih, sedih melihat betapa kuatnya kasih sayang ayah terhadap mak. Saat disisi mak, ayah tak putus - putus minta maaf kepada mak serta menyatakan bahawa dia sangat sayang kepada mak. Air mata aku akan jatuh setiap kali mendengar ayah berbicara begitu. Dia meminta untuk mak kekal kuat dan bangun untuk menatap wajah kami semua, aku tahu mak mahu namun sakit yang dihadapi membuatkan dia tiada daya untuk bergerak.Doktor ada memberitahu kami bahawa pendarahan yang dialami mak perlahan - lahan akan mematikan banyak benda dalam badan mak. Antaranya pergerakan, lama - lama nanti nafas dan jantung. Apa yang boleh kami buat hanya berdoa dan terus berdoa akan kesejahteraan mak.Namun ternyata Allah lebih sayang mak. Genap 3 hari mak dihospital dan dia telah pergi meninggalkan kami buat selama - lamanya. Kepergiannya meninggalkan impak yang sangat besar. Aku sahaja 3 kali rebah dihospital saat diberitahu mak sudah tiada. Kakak aku apatah lagi pun rebah juga. Ayah dan abang sahaja nampaknya sangat kuat. Mereka tidak putus - putus mengucap di telinga mak saat jantung mak mula menurun sedikit demi sedikit dan sehinggalah mak tiada. Bagi aku, aku nampak ayah sangat kuat dan paling kuat setakat ini. Abang aku iaitu anak tunggal lelaki mak pun hampir rebah sewaktu di pengebumian mak.. Ayah aku sangat kuat demi anak - anak dia, walaupun dia kerap menangis namun aku tahu dia kuat kerana masih mempunyai kami. Yang hidup perlu teruskan hidup. Walau kami menangis sehingga keluar air mata darah sekalipun ia tak akan membawa mak pulang kepada kami. Jadi kami redha, redha dengan ketentuan yang Allah sudah tetapkan kepada kami.. Kerana kami tahu Allah akan mejaga mak dengan sebaik - baiknya.

Sahur pagi ini ayah menangis lagi. Aku tahu dia rindukan mak. Begitu juga dengan kami. Kami pun sangat rindukan mak tapi kami sebagai anak - anak cuba menahan kesedihan kerana tidak mahu tunjuk dihadapan ayah.. Sayu sahaja rumah ini tanpa mak. Aku rindukan mak. Sangat rindu. Aku masih berharap mak disisi dan kami teruskan kehidupan macam selalu. Tapi itu semua tak mungkin berlaku.. Kami berada di alam yang berlainan sekarang. Ramadhan kali ini kakak, ayah dan abang yang bertungkus lumus menyiapkan lauk untuk jual di bazaar petang ni. Semuanya tidak sama seperti yang mak buat, Namun kami cuba demi mencari rezeki di bulan yang mulia ini. InshaALLAH ada rezeki lebih boleh buat upah haji untuk makk. Tidur dan berehatlah dengan aman mak. Kami tahu mak penat. Walaupun mak telah tiada, namun kami masih merasakan kehadiran mak disini.. InshaALLAH satu hari nanti kita akan jumpa :)

Juneidah Binti Ahmad.
02.10.1965 - 02.06.2015
Al - Fatihah ~ 

Popular posts from this blog

Trip to Lata Belatan, Besut Terengganu...

Assalammualaikum and Hai semua... Buat apa? Dah makan? Dah minum? Dah apa lagi.. Hehe yang mana belum makan tu dah nak masuk tengah malam kan ni, so pergilah makan. Jangan dok diet ke apa sangat, kalau nak diet sila amalkan pemakanan yang betul agar dia tak memudaratkan kita balik. So entri kalini saya nak cerita tentang trip saya mandi waterfall dengan kawan2 pada hari Jumaat yang lepas so hope you guys enjoy okayy! Okay seperti gambar dekat atas ni, haa inilah ahli2 yang perginyaa tapi lagi 2 orang missing sbb diorg driver so diorg pergi ambil kereta, yg para penumpang ni menjalankan kerja dengan selfie. HAHA. Semua perempuan and masih single. Em masih ke? Okay itu kena tanya tuan badan tu sendirilah yek. As for me, ai masih available hehehe. Okay back to topic, kami ni asalnya satu group untuk satu subjek ni. Biasanya orang kata lepas habis je kerja group, masing2 mesti bawak haluan sendiri. Tapi Alhamdulillah, ukhuwah kami menjadi semakin erat. Walaupun kami ta...

Bisnes kecil kecilan ...

Assalammualaikum.  Alhamdulillah berkesempatan jugak nak update blog ni walaupun masa sangatlah terhad. Hidup sebagai pelajar form 6 a.k.a PRA UNIVERSITI ni ternyata bukannya mudah . Moga hati ni kuat untuk teruskan pembelajaran yang tinggal setahun sahaja lagi (INSHAALLAH) .  Okay memandangkan dah online ni kan. Saya nak perkenalkan yang saya ada buat bisnes kecil kecilan sedikit, Mana laa tahu kot kot berkenan bolehlah tempah :) Hehe, Saya ada buat bisnes kek . Alhamdulillah ianya mendapat sambutan dikalangan rakan2 mahupun orang ramai. Cuma mungkin saya tidak berapa dikenali . Apapun saya bersyukur dengan rezeki yang ALLAH beri. Sangatlah mencukupi. Walaupun kadang kala cemburu melihat rezeki orang lain , namun ALLAH telah menetapkan rezeki masing2. Mungkin bukan rezeki saya untuk mendapat seperti mereka tetapi saya yakin ALLAH ada perancangan yang lebih baik buat saya ...  Dengan kesibukan belajar saya curi juga masa untuk membuat kek. Al maklumla...

Let Me Begin It All Here

Assalammualaikum semua. Syukur kehadrat Allah S.W.T masih memberi nafas kepada kita untuk terus hidup dimuka buminya yg indah ini :) MasyaAllah SubahanAllah Allahuakhbar malunya rasa pada diri ini kerana membaca entry yg lalu waktu kebudak budakan dulu. MasyaAllah siti mohon ampun , mohon maaf kepada yg dah muntah baca entry siti yg lalu ya. Siti harap semua masih okayy lagi :) Kini siti kembali untuk berblogger semula. InshaAllah siti akan share-kan info yg bermanfaat serta perniagaan kecil kecilan yg siti lakukan. Siti mohon jasa baik anda semua untuk support siti. InshaAllah Allah akan balas jasa awak semua. Sekian sahaja dari siti. Moga berjumpa awak di post akan datang.  InshaAllah :) Assalammualaikum ... 22.11.2014